30 Oct 2012

Kau Si Gemuk Aku 38


BAB 38

 
            “Tadaaa....”

            Gaun merah jambu sudah siap tersarung ditubuh Evelin. Anita yang duduk bersedia di atas katil untuk melihat ‘persembahan’ Evelin itu tidak ketinggalan memberikan tepukan gemuruh dan merasa kagum dengan kecantikan asli sahabatnya itu. Memang sesuai dengan Ardi yang berkulit hitam manis.

            Jam hampir menunjukkan pukul lapan malam. Mereka berdua sudah mula untuk bersiap. Untung sahaja Evelin pula ‘cuti’ minggu ini. Dapatlah dia bersiap awal. Anita berkira-kira untuk bersiap selepas Isyak sahaja nanti.

            Evelin yang sedang mengumbah barangan alat soleknya itu menyanyi kecil. Satu persatu alat soleknya di susun rapi. Hendak dipakai mengikut susunan.

            Anita menjeling baju gaun lengan panjang berwarna jingga yang dibelinya bersama Amirul minggu lepas. Sudah siap digantung untuk dipakai sebentar lagii oleh si pemiliknya yang bertubuh gempal.

 Pemilik? Hmm. Entah sesuai atau tidak perkataan itu dengan dirinya. Dia berasa masih ada satu jurang pemisah yang sangat besar di antaranya dengan Amirul walaupun mereka sudah seperti kawan baik yang suka bertingkah lidah. Dalam diam dia akui hatinya sedikit sebanyak punya rasa pada lelaki yang sering muncul di setiap waktunya. Cuma dia tidak pasti lagi rasa apakah yang terbit itu?

            Tiba-tiba Anita teringat perbualannya dengan Raykal. Pemilik butik Raykal Maskulin. Atau dalam bahasa lainnya, Raykal Maskulin Boutique. Ceh, apa yang lainnya Anita?
            “Anita, nanti kau dah siap pakai gaun tu, kau duduk kat sini tahu.” Evelin memberikan arahan tidak rasmi pada Anita. Jarinya sedia menunjukkan kerusi tempat dia sedan gduduk sekarang iaitu berhadapan dengan meja belajarnya. Pipinya yang putih gedu di calit bedak dengan riang.

            “Kenapa?”

            “Duduk jela. Banyak soal pulak mak cik ni.”

            Anita diam. Kepalanya digeleng perlahan. “Suka hati kaulah, nenek.” Anita bangun. Hendak keluar  ke bilik air untuk mengambil wuduk. Waktu Isyak sudah hampir masuk.

            “Oi, apa nenek-nenek? Aku kahwin pun belum, mana nak ada cucu!”

             Tergelak Anita mendengar suara Evelin yang menjerit kuat dari luar bilik.

             Seusai menunaikan solat Isyak, Anita segera bersiap. Evelin sudah lama bersiap. Mukanya yang putih gebu sudah ditempek dengan warna. Wajahnya yang memang seperti gadis melayu asli dan ayu bertambah cantik dan berseri-seri.

            Majlis makan malam akan bermula tidak lama lagi. Cepat-cepat Anita menyarung tubuhnya dengan gaunya. Namun bila sahaja dia mahu menarik zip yang berada di tepi bawah lengannya ke atas,  Anita terkejut kerana zip tidak dapat di tarik penuh dan tersangkut di bahagian tengah di antara dadanya.

            “Aaaa!”

            “Omak kau!” termelatah Evelin kerana terkejut dengan jeritan Anita yang kuat itu.

            “Kenapa? Kenapa?” tergopoh-gapah Evelin mendapatkan Anita. Mana tahu sakitnya tiba-tiba datang pula waktu ni.

            “Macam mana ni?? Baju gaun ni tak boleh nak zip. Tak  muat!!”jerit Anita kuat. Mula-mula perlahan kemudian semakin kuat. Bila dia cuba untuk menarik nafas namun masih tidak dapat zipkan gaunnya. Rengeknya makin menjadi-jadi.

            “Ya Allah, Anita. Aku ingatkan kau sakit! Hish, mak cik ni!”

“Macam mana ni??”

“Rileks! Rileks! Kita kena cari jalan selesaikan masalah ni. Macam mana kau boleh bertambah gemuk ni? Bukan ke masa beli hari tu dah cuba. Kata muat??” Leter Evelin yang sedang cuba untuk menaikkan zip gaun Anita.

            “Mana aku tahu. Minggu lepas memang ngam-ngam muat baju ni kat badan aku. Tiba-tiba pulak tak muat!” ujar Anita. Masih merengek.

            “Mana taknya. Kau asyik makan je!” marah Evelin.

            Anita mengetap bibir. Dia teringat selepas perbualannya di butik Raykal, fikirannya sering terganggu. Berat sangat macam fikirkan masalah negara. Dia selalu memikirkan kata-kata Raykal. Dalam masa yang sama dia mencari sekiranya ada perasaan istimewa yang tersorok untuk Amirul dalam hatinya.

            Namun setiap kali dia berfikir, yang dia temui hanyalah jalan buntu. Sebab itu juga, nafsu makannya pula kian menjadi-jadi.

            “Hah, aku ada idea!” tiba-tiba Evelin bersuara. Jari telunjuknya ditunjuk ke atas.

            Cepat-cepat dia menyelongkar almari bajunya mencari sesuatu.  “Hah, nasib baik ada lagi benda ni.” Anita menarik bengkung getah dari celahan lipatan baju-bajunya. Dulu dia gunakan bengkung ini semasa hendak membentuk semula perutnya yang sedikit buncit gara-gara makan tidak terkawal.

            Tanpa menunggu masa dia terus mendapatkan Anita. “ Nah, kau pakai benda ni kat perut.” Arah Evelin.

            “Apa ni?” Soal Anita pelik. Bengkung getah yang diberi Evelin di tarik-tarik dengan kedua belah tangannya.

            “Eeei, banyak soal betullah makcik ni! Dah, cepat-cepat pergi pakai!” Evelin menolak Anita supaya bergegas. Mereka sudah terlewat. Pasti Ardi dan Amirul sudah menunggu mereka di bawah.

            Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia sudah agak siapakah si pemanggil. Pasti Ardi sudah sedia menunggunya.

            “Hello, you. Tunggu kejap ya. Ada masalah sikit ni. Don’t worry. Every thing was just fine. Bagi kita orang sepuluh minit lagi. Okay? Bye!” Evelin terus mematikan panggilan tanpa menunggu balasan daripada Ardi. Hish, mana Anita ni!

 

            Tersangkut suaranya dikerongkong bila Evelin terus mematikan talian. Tak sempat dia hendak bertanya masalah apa, Evelin sudah matikan talian. Macam besar je masalah dia orang ni?

            “Well, mana dia orang?” Amirul muncul membawa dua air tin bergas. Satu di beri pada Ardi.

            Dia bersandar pada keretanya disebelah Ardi. “Mana Anita dengan Evelin?” Soal Amirul lagi bila soalannya tadi tidak berjawab.

            “Entah. Evelin cakap dia orang ada masalah sikit. And maybe lambat. Let’s give them ten minutes. Okey?” ujar Ardi selamba. Air yang diberikan oleh Amirul diteguk perlahan. Berjaga-jaga takut terkena pada tuxedo putih yang digandingkan dengan kameja berwarna merah jambu.

            Amirul yang hanya serba ringkas memakai kemeja berwarna jingga. Bertuxedo juga, Cuma blazernya sudah dibuka dan digantung pada belakang kerusi keretanya. Panas katanya.

            “Masalah?Anita ke? Masalah apa? Kenapa dengan dia?” bertubi-tubi soalan disoal pada Ardi apabila telinga menangkap perkataan masalah.

            Ardi ketawa kecil.

            Melihat Ardi yang hanya ketawa, Amirul menepuk bahu Ardi. “Gelak pulak. Aku tanya ni.” Gesa Amirul.

            “Kenapa tanya?” Soal Ardi pula.

            “Sebab aku risaulah. Tanya pulak lagi.”

            “Kenapa nak risau?” soal Ardi lagi membuatkan Amirul geram.

            “Aku cekik kau karang.” Amirul sudah mengacah-acah tangannya keleher Ardi. Semakin galak sahabatnya itu ketawa.

            “Aku tanya betul ni. Kenapa kau nak tanya dan risau pasal.. Anita?”

            Kali ini soalan Ardi betul-betul membuatkan Amirul terdiam seribu bahasa. Hendak jawab apa? Sebab sayanglah dia berasa risau.

            “Mengaku jela yang kau suka dia, kan?” bulat mata Amirul dengan serkap jarang Ardi yang selamba. Air tin di teguk lagi.

            Amirul menarik nafas dalam dan dilepas berat.

            “Ya. Aku akui aku suka kat dia. Aku tak tahu sejak bila tapi aku sedar yang semakin lama aku semakin sayang kat dia. Puas hati?” tubuhnya dihempas perlahan ke badan kereta.

            “Aku tahu. Saja je nak dengar dari mulut kau sendiri.” Tergamam Amirul mendengar kata-kata Ardi. Dah tahu? Selamba sahaja Ardi  tersengih padanya.

            “Macam mana kau tahu?” soal Amirul.

            “Itu tak penting. Yang penting sekarang. Anita tahu tak pasal ni?”

            “Amirul hanya menggeleng. Nak bagi tahu macam mana? Sudah ada orang lain di hatinya.

            “Tak bolehlah.” Panjang Amirul mengeluh.

            “Kenapa tak boleh?” soal Ardi pula.

            “Hati dia bukan untuk aku. Dah ada orang lain.” Tiba-tiba hatinya Amirul terasa berat. Diselebungi berbagai rasa.

            “Kau tak cuba luahkan perasaan kau. Macam mana kau tahu hati dia untuk orang lain?” Ujar Ardi lagi.

            Amirul ketawa. Ardi macam penasihat cinta pula. Tahulah sekarang dia memang sedang hangat bercinta. Tapi takkanlah sampai hendak nasihatkan orang pula. Memang hebatlah kalau macam tu.

            “Aku tahulah. Dia sudi nak ikut aku ni pun sebab orang tu. Bukan sebab aku pun.” Ujar Amirul kecewa.

            Jujurnya dia sengaja membawa Anita keluar membeli belah minggu lepas. Sengaja hendak meluangkan masa dengan Anita. Hendak Anita sedar perasaannya pada gadis gemuk itu. Namun semuanya jadi serba tak kena. Ego Anita tinggi. Egonya pula tak mahu turun. Akhirnya mereka pasti bertengkar.

             “Cubalah. Turunkan ego kau tu sikit. Selagi dia belum milik sesiapa. Tak salah kalau kau mencuba nasib. Lagipun, in hari terakhir kita kat sini. Esok-esok jangan menyesal sebab tak luahkan perasaanyang tersimpan dalam hati kau malam ni.” Ardi ketawa kecil. Timbul pula idea nakal hendak menyuruh Amirul meluahkan perasaannya malam ini juga.

            “Merepeklah kau ni!” tempik Amirul.

            “Merepek tak merepek, itu kita tengok nanti siapa yang menyesal tak sudah.” Ardi ketawa lagi.

            “Sorry-sorry. Lambat. Ada masalah sikit dengan baju Anita ni. Jum pergi. Kita dah lambatkan?” Evelin muncul. Anita yang berdiri dibelakang Evelin hanya tunduk. Menyorok dari dilihat kerana segan. Evelin telah buat sesuatu padanya sehingga dia sendiri terkejut dengan perubahan dirinya daripada biasa.

            Sedar ketibaan kedua gadis yang sedang ditunggu, mereka berdua berdiri tegak. Bagaikan menyambut kedua-dua gadis itu penuh istiadat.

 Ardi tersenyum manja. Matanya yang melekat pada seraut wajah yang cantik milik Evelin di tatap lama. Cantik. Sungguh dia jatuh hati kali ke dua buat gadis yang sama. Tergamam dia menghayati kecantikan gadis itu hinggakan Evelin sudah kemerahan-merahan menahan malu .

            Amirul mengerut seribu. Matanya menjuling ke atas. Hai, kalau dah nama pun lelaki. Ardi yang terlopong segera disedarkan. “Jangan buat malu orang  jantan.” Bisik Amirul.

            Ardi berdehem sedikit. Mengaru kepalanya yang tidak gatal. Segan bila dia sedar yang Evelin tersengih padanya. Mungkin mentertawakannya yang terlopong tadi.

            Amirul menjeling ke arah Anita yang menyorok tadi. “ Yang kau ni kenapa? Main sorok-sorok pulak.” Tegur Amirul.

            “Eh, Anita. Sinilah ke depan.” Belum sempat Anita hendak mengelak. Evelin sudah menariknya ke depan.

            Kali ini giliran Amirul pula yang terlopong.

Pandangan mata Anita yang bertembung dengan pandangan matanya tertunduk segan. Muka gadis montel yang selalu berwajah pucat itu telah di disolek berbagai warna yang sesuai dengan kulitnya. Pipinya yang tembam di calit sedikit pemerah pipi membuatkan jantung Amirul berdegup pantas. Dan gaun jingga yang tidak berapa disukainya itu pula betul-betul menyerlahkan kejelitaan sebenar Anita. Cantik. Memang cantik! Cair hatinya.

            “Ehem. Ehem.” Giliran Ardi pula mengenakan Amirul.
            “Jangan buat malu orang jantan.” Ardi berbisik perlahan membuatkan Amirul mengecilkan matanya geram. Aku pulak yang terkena! Air liur yang terasa kesat di telan kasar.

Tersengih-sengih sahabatnya itu penuh makna.

 
p/s : Haaaaaiiiiiii (dengan riang sambil melambai tangan). dah lama tunggu eh?? hehehe. Enjoy!

1 comment: