18 Jun 2012

Kau Si Gemuk Aku 31


Dear Readers,

Ewah. dah macam nak tulis surat cinta plak. Setelah Tyona fikir panjang, rasanya tangan ni dah gatal-gatal nak upload jugak bab 31 ni..
Sebab blog Tyona dah lama tak update. so, inilah buah tangan yang sedang dimanuskripkan. Kalau ada rasa yang kurang manis atau masin, silalah tinggalkan komen. Komen you all semua amat berharga buat Tyona. hehehe. Akan di 'takeNote' everything yang kurang tu.

Selamat membaca KSGA BAB 31. =) 

BAB 31

            Siling bilik yang berwarna putih di tenung lama. Sejak tamatnya orientasi, Anita jarang keluar dari bilik. Sebaik sahaja kelasnya tamat dia akan bergegas pulang ke bilik. Kalau bukan sebab cerita yang tak enak dari kem oreintasi beberapa minggu lepas sudah tersebar ke seluruh universiti, dah pasti dia akan menyertai Evelin dan Ardi ke tasik untuk berjoging setiap petang.
            Anita mengeluh. Walaupun dia dan Khadijah sudah berbaik, cerita tentangnya dengan Amirul tetap tersebar dari mulut ke mulut kerana dia tahu ramai yang cemburu padanya sejak dia mula rapat dengan Amirul. Ah, kenapalah kau orang ni? Amirul tu tak mungkin nak suka kat akulah!
            “Ai,banyak mengeluh dah kau ni?” Tegur Evelin yang sedang menyemak kertas kerjanya di meja belajar. Sakit betul telinga mendengar keluhan yang tak habis-habis.
            “Hah? Yeke? Tak perasan pulak.” Balas Anita lemah. Dari berbaring terlentang tadi dia bangun dan duduk bersila di atas katilnya.
            “Eh, Lin. Boleh aku tanya sikit tak?”
            Evelin berhenti dari membuat kerjanya. Lalu membetulkan duduknya menghala Anita. Cermin mata yang sering dipakai dikala menghadap buku ditanggalkan.
            “Kau ni peliklah.” Ujar Evelin tanpa sempat Anita membuka mulut bertanya.
            “Pelik? Kenapa?”
            “Yelah. Sejak balik dari orentasi hari tu. Duduk tak senang, makan pun sikit. Baring je asyik mengeluh. Kau ni dah kenapa? Fikir lagi ke pasal cerita-cerita dari mulut orang yang tak berasas tu? Mulut orang Anita, lupakan jela.”
            Anita diam. Ah, Evelin tak faham. Aku seorang je yang tahu macam mana rasanya bila orang pandang hina dengan kita. Maruah aku macam kena pijak-pijak dengan orang ramai.
            Evelin hanya menunggu Anita membalas namun hampa. Anita hanya diam memandang lantai bilik. Anita pun satu. Perangainya lain betul kebelakangan ini. Dah tak seagresif dulu.
            Telefon bimbit yang tiba-tiba berbunyi di sisi kertas-kertas kerjanya mengejutkan Evelin. Segera dia mengangkat panggilan.
            “ Hello, sayang”  Evelin tersenyum saat suara Ardi menyapa telinganya.
            “Hello..” Balasnya pendek namun ceria.
            “Anita tengah buat apa ek, sayang?” Soal Ardi di hujung talian.
            Evelin muncung. Telefon orang lain, tapi orang lain pula yang ditanya.
            “Hm..call I ni sebab nak tanya pasal orang lain ke?” Ujar Evelin dengan nada rajuk.
            Kedengaran Ardi ketawa dihujung talian. Evelin  memuncungkan bibirnya merajuk manja walaupun Ardi tidak mungkin akan dapat melihatnya.
            “Ni mesti muncung dah panjang sedepa ni kan?” teka Ardi tepat. Evelin senyum.
            “Mana ada.” Balasnya pendek.
            “Tengok. Kan sayang  aku dah merajuk. Aku suruh call sendiri tak mahu.” Ujar Ardi pada seseorang.
            Evelin membiarkan telefon bimbitnya masih melekap di telinga.
            “Siapa yang sibuk-sibuk nak tanya pasal ‘orang tu’ tu?” Soal Evelin. Dia menggelarkan Anita dengan panggilan begitu kerana tidak mahu Anita tahu yang mereka sedang berbual mengenainya.
            “Who do you think, sayang?” Ardi berteka teki.
            Evelin diam. Siapa lagi yang suka sibuk-sibuk bertanya tentang Anita sejak seminggu lepas kalau bukan Amirul.
            “Him again?”
            “Absolutely. Dia sibuk nak suruh I tanya Anita tengah buat apa?”
            “Tell him. Tanya sendiri! Ish, sudahlah. I ada banyak work nak buat ni. Kalau layan perangai ‘dia’ tu, tak jalan kerja I.”
            Ardi gelak lagi. “ Okey sayang. Pergilah buat kerja. Petang ni macam biasa ya. I tunggu you di tasik. Assalamualaikum.” Ardi mematikan talian.
            Evelin hanya tersenyum. Salam Ardi tadi hanya dibalas dalam hati.
Kemudian matanya beralih pula pada Anita. Niatnya hendak menyoal tentang hal yang terbantut tadi tetapi Anita sudah terlelap pula di katilnya. Tidur je makcik ni!
*** 
            Jam hampir menunjukkan pukul lima petang. Evelin menjenguk telefon bimbitnya kalau-kalau ada pesanan yang masuk. Waktu-waktu begini Ardi sudah menghantar pesanan untuk menunggunya di mana.
            Telekung yang baru dipakainya tadi buat solat asar dilipat kemas. Dia menggeleng saat matanya jatuhpada Anita yang masih tidur.
            Evelin mendekati Anita.
            “Anita.” Evelin mengoncang tubuh Anita perlahan. Sesekali Anita bergerak tanda respon pada panggilan Evelin.
            “Anita, bangun.” Kejut Evelin lagi.
            “Em..kenapa?” ujar Anita yang masih dalam sedar tak sedar dari tidurnya. Dia memuat turun ingatan yang hilang sekejap akibat tidur terlalu lama.
            “Jum ikut aku pergi jog.”
            Anita diam. Dia sudah sedar dari tidur. Namun masih belum betul-betul sedar.
            “Jumlah. Dah lama kau tak bersenam. Karang gemuk, kau jugak yang bising. Sini besarlah, situ besarlah. Baju tak muatlah.” Ujar Evelin lagi. Sesekali dia mengoncang Anita.
            Bila Anita masih tiada respon, Evelin mengoncang kuat tubuh Anita lagi. Memaksanya bangun.
            “Bangun…..!”
            Spontan Anita menutup telinganya apabila Evelin menjerit lantang betul-betul ditelinganya.
            “Kau ni, Lin. Sakit telinga aku.” Jerit Anita membalas. Lantas dia duduk dalam keadaan yang masih belum sedar sepenuhnya. Sedikit geram.
            “Cubalah kau bawak-bawak sedar sikit. Kau berkabung macam ni dalam bilik perkara tak akan selesai macam tu je. Orang akan fikir memang betul yang kau cuba nak goda anak orang kaya macam Amirul tu.”
            “Tapi semua tu fitnah je!” bentak Anita geram.
            “No one knows that. Unless you tell them what the truth. Bukannya duduk dalam bilik macam ni. Masalah tak akan selesai dengan mudah. Dan orang akan mula fikir semua ni betul sebab kau tak back up diri kau sendiri.” Kata Evelin lagi.
            Sedikit sebanyak kata-kata Evelin menyedarkan Anita betapa benarnya apa yang cuba Evelin sampaikan padanya. Bukan dia tak mahu untuk berterus terang namun percayakah mereka pada kata-katanya.
            “Sudahlah. Jangan fikir lagi. Semua ni dugaan. Ada sebab semua ni berlaku. Cuba kau think positive. Everything will come out soon.” Pujuk Evelin lagi.
            Anita masih sugul. Jelas terpacar diwajahnya betapa dia terganggu dengan fitnah yang berleluasa baru-baru ini.
            “Senyumlah sikit. Kau dah lama tak senyum tahu.” Evelin memeluk bahu Anita dari tepi. Sayangnya pada sahabatnya itu tidak berbelah bahagi. Menjadi anak tunggal dalam keluarga membuatkan menganggap Anita tak ubah seperti saudaranya sendiri.
            Akhirnya Anita senyum. Walaupun tidak seperti yang diharapkan namun Evelin tetap lega.
            “Janganlah buat muka macam tu.” Anita bersuara serak-serak. Dia mula tersenyum meleret.
            “Senyum? Salah ke? Senyumkan ibadah. Hah, senyum-senyum cepat!” Evelin menarik pipi Anita geram.
            Anita menjerit kecil tanda sakit diperlakukan begitu. Beberapa minit mereka bergurau akhirnya Evelin mengalah. Lantas dia mengesa Anita agar segera bersiap kerana dia pasti Ardi sudah menunggunya di tasik. Bersama Amirul.
*** 
            “Sorry late.”
            Ardi menggeleng senyum. Tanda dia tidak kisah. Senyumannya semakin lebar melihat Anita yang hanya diam di sisi Evelin.
            Ardi mengangkat kening. ‘Macam mana?’
            Evelin turut membalas. Bagaikan mengerti. Bibirnya terjuih ke tepi. ‘Susah.’
            Ardi tutup mulut geli hati. Pandai pula aweknya itu membaca soalan versi riak muka.
            Evelin turut senyum. Kemudian dia mengangkat kening sambil tangannya digoyangkan. ‘Mana dia?’
            Ardi mengangkat jari. Pinta sekejap. Jam tangan dilihat. Amirul sudah lambat sepuluh minit sebenarnya.
            Evelin menjeling sekejap Anita yang hanya mendiamkan diri.
            Seminit, dua minit. Amirul masih belum tiba. Suasana mula jadi tak kena. Evelin menyiku Ardi. Kemudian menjuihkan bibirnya ke arah Anita. Ardi tersengih. Bibir Evelin yang terjuih tadi dicubit geram.
Anita sebolehnya mengelak dirinya dari dilihat orang yang lalu lalang. Kemudian mengeluh. Dah macam orang mati suami.
            “Wahh!” tiba-tiba Amirul muncul menyergah ketiga-tiga mereka sehingga terlatah kerana terkejut. Terutama sekali Anita kerana Amirul menyergah betul-betul ditepinya.
            Ardi mengurut dada. Sumpah dia terkejut. Ish, Amirul ni pun satu.
            Evelin dan Anita turut menekup dada. Turut geram kerana terkejut.
            “Kau ni gila ke hah?” Jerit Anita lantang. Marah dengan perbuatan Amirul tadi. Mahu sahaja dia meluku-luku kepala Amirul. Macam nak tercabut jantungnya tadi.
            “Kaulah gila, gemuk!” Amirul menjelirkan lidahnya.
            Anita bertambah geram. Lantas tangannya diangkat tinggi dan terus dihayun jatuh laju ke belakang Amirul.
            Pap! Kuat bunyi lempangan tangan dari Anita. Amirul mengerang kesadisan.
            “Gemuk gemuk jangan sebut ek. Kalau tak lebam badan kau aku belasah.” Marah Anita berbaur ugutan. Panas hatinya. Petang-petang begini nak cari gaduh. Memang perangai kau, papan!
            Amirul hanya menjelirkan lidah. Tak lekang dari bibir. Semakin bersemangat pula dia hendak mengusik apabila Anita marah-marah sebegitu. Jujurnya, sudah lama dia tak bergaduh begitu dengan Anita. Rindu.
            Sebab geram Anita membuka kasutnya. Dia berkira hendak membaling pada Amirul. Melihat tindakan Anita yang tidak dijangkakannya itu, Amirul melarikan dirinya.
            Anita terus mengejar. Mulutnya menyumpah sahaja Amirul yang lari darinya. Geram. Waktu-waktu macam ni nak bergurau macam budak-budak!
            Bila penat, Anita berhenti. Dia tunduk menahan lelah. Sesekali dia menjeling Amirul yang sedang ketawakan dia.
            Anita tunduk lagi. Bibirnya mengukir senyuman. Dia teringat yang kejadian seperti ini pernah berlaku di lobi kampus beberapa bulan lepas. Amirul menyergahnya dan dia beria-ria mengejar Amirul macam kanak-kanak ribena sehingga dia terlupa pelajar sekeliling yang sedang memerhatikan mereka.
            Sekali lagi Amirul buat dia lupa. Yang ada pada fikiranya sekarang hanya Amirul. Dia hendak marah. Dia hendak mengamuk. Dan fikirannya hanya tertumpu pada Amirul. Tak ada sesiapa yang terlintas dikepalanya waktu itu.
            Dan sekarang, Amirul dah buat dia lupa tentang orang lain yang membebankan fikirannya sejak beberapa mingu lepas walaupun sekejap.
            Walaupun marah namun dalam hatinya terasa beban yang  menghempap bahunya sejak kejadian di orientasi itu hilang begitu sahaja. Terasa ringan dan lega.
            “Gemuk!!!” Jerit Amirul yang berada jauh di depan.
            Beberapa pasang mata turut memerhatikan mereka. Lucu.
            “Diam kau, papan!” Jerit Anita sekuat hati membalas laungan Amirul.

Arghhh...kenapa pendek??? Hehe..dalam Mic. Word tak nampak pendek pulak macam ni. huhuhuhuh... =P

4 comments:

  1. awww, sweetnya.
    ala, dah tak post dah ke?
    sedihnya. T^T
    sambung la sampai chapter 33.
    33 jee. please? *muka comel jpg*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambooooiii....suweeetnyerrrr...
      hehehe...InshaAllah..kalau saya rajin. saya upload la yer..
      everything for Nisaaaaa~

      hehehe ^_______________________^

      Delete
  2. salam tyona...lama gila tak update KSGA..rindu dgn Amirul ngan Anita tuh....saya suka baca Tyona punya blog...sy nak tya ngan Tyona la...tak tahu kalau sya je kan....sy dah banyak kali cuba hantar karya kat P2u..tapi tak pernah masuk....sumer cara dah cuba..tengok karya orang lain ble jer masuk...(confuse sangat)...pegi mana lama menyepi? suka gak nak bercakap ngan Tyona ni,....nanti boleh le emel...drnoazlina@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Naurah Iman,
      Hi!! saya bukan menyepi tapi tersepi. hehe. sebab busy la saya tersepi sendiri. ewah.
      Oh, pasal nak hantar karya kat P2u tu. Naurah jgn bimbang. sebab Tyona punya pon selalu hantar tapi tak de respon.(hahaha.) tapi tak kisah sbb dia orang bukan tak respon tapi sebab terlampau banyak karya yang dihantar. so, mungkin karya Naurah tu dalam list menunggu kot.(macam nak tunggu haji plak). hehe..
      saya pernah check jugak mcm mana nak buat kalau karya yang kita hantar tak dpt respon. Naurah boleh cuba buat macam saya buat kat bawah ni:

      1. Hantar karya lagi sekali.
      2. emelkan tajuk karya, nama penulis dan jugak email pada cerpen2u@gmail.com.
      boleh pastekan sekali lagi karya masa hantar email pada email atas ni.
      (berapa byk email daaa)
      3. atau email kat admin tanya pasal karya tu. email admin, admin@penulisan2u.my
      4. lagi senang kalau tanya terus kat dalam facebook p2u.(saya pernah wat kerja
      gila dok tanya karya saya mana kat fb p2u.hahaha)

      Delete