3 Apr 2012

Cerpen : Akhir Aku tak nak Kahwin, Mak!

Akhir Aku tak Nak Kahwin, Mak!


            “Ya Allah. Apa kejadahnya dengan kau ni Humairah oi!” Mengucap panjang emak pabila sahaja pintu bilik Humairah dikuak dari luar.
            Humairah sudah cantik mengenakan baju kurung tetapi dia menepek mukanya dengan bedak setebal-tebalnya. Kejap lagi kedua orang tua Ashraf dan dia sendiri akan datang bertandang untuk kali terakhir sebelum majlis pernikahan tiga hari lagi. Untuk membincangkan perkara terakhir kata emak.
            “Apanya, mak? Okey apa ni? Cantikkan anak mak ni?” Humairah ketawa terbahak-bahak tetapi terbatuk apabila emak menepuk belakangnya kuat.

            “Adui, mak ni. Kasar betullah dengan anak-anak.” Omel Humairah sambil mengosok belakangnya.
            “Anak-anak apa bendanya Humairah oi. Kaulah satu-satunya anak emak tahu. Dan kaulah satu-satunya anak yang paling keras kepala. Apasal susah sangat nak ikut cakap mak ni, hah? Kau sengaja nak cari pasal ek majlis nak dekat ni?” marah emak. Semakin dekat hari keramat, semakin menjadi-jadi perangai si Humairah ni. Nasib baik anak seorang. Kalau dua orang. Boleh darah tinggi dibuatnya.
            Humairah mencebik. Humairah tak nak kahwin dengan Ashraf kambing tulah!
            “Sudah!Sudah! tak payah nak buat muka kesian. Mak tak kasihan langsung. Sini mak betulkan bedak kamu tu.” Emak menarik dagu Humairah menghadapnya. Humairah memejamkan mata membiarkan tangan tua emak mulai merayap membersihkan bedak-bedak yang sengaja ditempel tebal itu.
            “Mak tahu kamu tak suka dengan perkahwinan ni. Tapi cubalah kamu buka hati kamu tu. Lapangkan dada. Terima dengan hati yang terbuka. Baru kamu nampak apa yang mak cuba buat untuk kamu. Semuanya sebab nak yang terbaik untuk anak mak ni.”Tiba-tiba suara emak berubah sayu.
            Air jernih mula hendak bergenang. Humairah masih diam menutup matanya dan membiarkan tangan emak membersihkan wajahnya.
            “Mak tahu Ashraf boleh bahagiakan kamu. Cubalah terima dia. Selama emak cuba jodohkan kamu ni dengan dia. Selama itulah kamu cuba mengelak dari dia. Cubalah berbual. Mana tahu kamu selesa. Ini tidak, asyik nak bergaduh je.” Kata emak lagi.
            “Orang bukan nak bergaduhlah mak. Orang tahu mak buat ni untuk kebaikan orang tapi orang belum sedia lagi. Ashraf tu tak sesuai dengan Humairah.” Kat Humairah pula.
            Emak menekan sedikit usapannya. Entah bedak apa yang di tepeknya si Humairah ini. Langsung susah hendak di buang dari wajahnya. Bedaknya terasa kesat pula.
            “ Mana kamu tahu dia tak sesuai? Ada kamu tanya dia? Ada kamu berbual dengan dia? Tak ada kan? Nak pandang pun kamu tak hendak. Mana kamu nak tahu dia tak sesuai dengan kamu?”
            “Ala. Orang tahulah. Dia langsung tak sesuai dengan orang. Mak tengoklah anak mak yang ‘tampan’ lagi gagah ni. Mana nak sesuai dengan mat ‘kapas’ macam Ashraf tu!” bentak Humairah.
            “Kapas kamu kata? Kamu pernah tengok dia angkut guni-guni kat kandang kambing tu tak? Lagi gagah dari kamu yang tulang kerempeng ni.” Emak mencubit geram lengan Humairah yang hanya sebesar dua gelung getah .
            Humairah terjerit kecil sambil tertawa manja.
            “Ala.. guni tu entah-entah ada span jer. Tu yang nampak kuat bila angkat guni-guni besar!” Humairah gelak lagi.
            “Jangan nak merepek! Nak buat apa span-span kat kandang tu. Mati tercekik agaknya kambing-kambing dia kalau termakan nanti!” Sergah emak pula.
            Humairah semakin galak ketawa. Kelakar pula dia membayangkan kambing tercekik span!
            “Assalamualaikum.” Laung seseorang dari luar rumah.
            “Hah. Dah sampai dah dia orang. Dah. Kamu bersihkan semua ni. Entah bedak apa yang kamu letak ni Humairah? Langsung tak nak hilang.” Emak mula mengelabah. Tetamu penting sudah berdiri di hadapan rumah tetapi anak daranya masih belum siap-siap lagi.
            “Bedak? Ni bukan bedak la mak. Ni tepung!”
            Pukk!
            Humairah menekup pipi yang terasa kebas. Emak melemparkan pandangan geram.
            “Hadui mak ni. Main kasar nampak.”
            “Kau tu yang main kasar, Humairah oi. Ya Allah, apa nak jadi dengan anak dara aku sorang ni. Tepung pun kau buat main!” menyeringai marah emak bertambah-tambah.
            Humairah gelak tanpa dapat ditahan-tahan. “Dah dah mak. Baik mak pergi sambut tetamu. Kang berpeluh dia orang berdiri kat luar tu.” Kata Humairah dalam tawanya.
            “Bertuah punya anak. Aku pulak yang disuruh sambut tetamu. Muka tu dah elok-elok lawa pergi letak tepung. Nak goreng buat cekodok ke apa?” bebel emak sambil berlalu menyambut tetamu.
            Humairah hanya menghantar dengan senyuman tawa.
           Hai..dah sampai dah. Apa nak buat ni? Macam-macam dah buat tapi majlis tetap akan dijalankan jugak. Ah, lantaklah. Aku tak kira. Selagi belum majlis, selagi tulah aku boleh buat sampai tak jadi.
            “Humairah!!” Emak laung lagi persis tarzan tak berlesen.
            “Ya!!” Humairah pun nak jadi anak tarzan juga.
            “Keluar. Tetamu dah sampai ni!” Jerit mak lagi dari ruang tamu.
            “Tahu. Kejap lagi orang keluar la.”
            Hish mak ni. Pantang ada peluang, nak jadi tarzan habis.
            Humairah membelek muka di cermin. Tepung yang dicuri dari dapur tadi dah hampir habis dibersihkan mak. Hem.. nak buat apa ni ek? Pelan tak menjadi. Emak dah campur tangan. Tak boleh buat lagi, nanti emak mengamuk sebab main tepung dia.
            Humairah berfikir. Bukan selalu dia dapat menyakitkan hati Ashraf. Ashraf tu memang selalu menyakitkan hatinya walaupun dia hanya sekadar senyum. Ah, senyum membunuh!
            Humairah bangun menuju ke dapur. Sudah pastilah hendak buat air untuk di hidang pada tetamu. Dari dapur dia mendengar mulut emak yang berceloteh tak ingat dunia tu. Suara mengalahkan tarzan yang melolong. Dari manalah emak belajar ni. Hish, buat malu je. Ngomel Humairah.
            Tangannya laju mengacau air kopi. Sedang dia leka mengelamun. Satu suara menegur dari belakang membuatkan dia terkejut.
            “Omak kau!” sudu yang mengacau air tadi terpelanting jatuh.
            Ashraf terdiam kerana terkejut. Suara Humairah tadi bergema-gema di ruangan dapur yang sunyi itu.
            “Humairah! Apa jadi kat dapur tu? Hish anak dara ni buat kerja tak reti nak senyap!” laung mak dari ruang tamu.
            Humairah menjeling tajam pada Ashraf yang mengangkat tangan kanannya. “ Sorry.”
            “Buat apa pulak mak. Tengah buat air ni. Tiba-tiba ada kambing kesayangan mak datang kacau orang!” Laung Humairah kuat-kuat supaya emaknya dengar. Dalam hatinya dia berharap agar Ashraf makan hati dengan katanya tadi namun sebaliknya pula yang berlaku. Ashraf ketawa dengan kata-kata pedasnya.
            “Kambing mana pulak yang masuk rumah aku ni, Humairah oi?” jerit mak lagi.
            “Hish mak ni. Kambing mana lagi. Bakal menantu mak nilah.” Jerit Humairah antara dengar dan tidak. Kemudian emak tiada sahutan lagi. Yang kedengaran adalah gelak ketawa dari ruang tamu. Huh, seronok berboraklah tu.
            “Awak buat air apa untuk bakal suami awak ni?” Soal Ashraf. Dia mengambil tempat duduk di meja makan dibelakang Humairah yang sedang mengacau jag kopi.
            Humairah pusing. Mukanya dimasamkan.
            “Tolong sikit. Sejak bila Humairah iktiraf abang jadi bakal suami Humairah?”Soal Humairah sinis.
            Ashraf berdehem. “Hish mak ni. Kambing mana lagi. Bakal menantu mak nilah.” Ujar Ashraf sinis sambil dinyaringkan suaranya.
            Bulat mata Humairah. Bengkak hatinya bila Ashraf terbahak-bahak gelakkan dia. Perli!
            “Abang ni apahal? Nak cari gaduh ke?” Humairah melenting kecil. Suaranya diperlahankan. Tak mahu emak dengar. Kalau tidak mesti kena hentam lagi.
            “Abang tak cari gaduh. Tapi sengaja membangkitkan pergaduhan.” Ashraf membetulkan kata-kata HUmairah. Sengaja menyakitkan hati Humairah yang sememangnya sedang panas.
            Sudu yang digunakan mengaul air tadi diketukkan di atas meja makan. “Abang ni memangkan! Sengaja nak cari gaduh. Sebab nilah Humairah tak nak kahwin dengan abang! Humairah tak suka abang. Abang tahu tak!” bentak Humairah geram.
            “Tak!” Ashraf senyum.
            Humairah semakin marah. Genggaman tangannya diramas-ramas geram. Rasanya Ashraf sedang seronok gelakkan dia dalam hati.
            “Ashraf. Lamanya kamu kat bilik air.” Tiba-tiba emak muncul. Humairah menjeling Ashraf yang sedang tersenyum ke arah emaknya lalu berpaling ke belakang semula. Menghadap jag kopi. Nak bodek maklah tu! Menyampah.
            “Tak mak cik, dah lama dah siap. Berborak-borak dengan Humairah sekejap. Saya ke depan dululah kalau macam tu.” Ashraf tunduk meminta diri ke ruang tamu.
            Humairah mencebik. Air kopi yang siap dikacau tadi di kacau lagi tanda protes dengan emak.
            “Tak siap-siap lagi airnya? Nak tunggu tetamu balik ke Humairah oi!” sergah emak.
            “Orang tahulah, mak.” Jawab Humairah pendek.
            Emak hanya menggeleng sebelum berlalu ke ruang tamu. Menyambung ketawa seperti tadi.
            Nanti kau Ashraf. Kau ingat kau sorang je boleh kenakan aku! Jagalah.
            Emak ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia. Emak si Ashraf pula sudah menekan perut kerana lucu dengan Emak.
            “Ish, kita ni gelak-gelak jugak. Sampai haus dah anak tekak ni. Airnya tak sampai-sampai lagi.” Kata emak.
            “Humairah. Airnya mana?” laung emak ke dapur. Beberapa minit kemudian Humairah muncul menatang dulang. Siap air sudah dituang ke dalam cawan.
            “Nah, ni mak punya. Mak cik punya. Ini pak cik punya. Dan ini abang punya.” Humairah tersenyum manis pada Ashraf. Ashraf membalas dengan senyumannya juga namun Humairah cepat berubah riak dan menjeling maut.
            Ashraf menggeleng lucu. Masih sakit hatilah tu.
            “Minumlah. Humairah buat air kopi sedap tahu.” Jemput emak. Terus air kopi di sua ke bibirnya. Menikmati air kopi yang sememangnya sedap kalau Humairah yang buat.
            “Betullah kata awak. Memang sedap.” Puji Mak Senah pula.
            Humairah tersenyum bangga. Matanya beralih pada Ashraf yang terbau-bau minumannya.
            Macam lain je bau kopi ni. Kenapa mak kata sedap? Bisik Ashraf dalam hatinya.
            “Ashraf, tak sopan bau-bau air macam tu. Orang dah buat. Minumlah. Sedap ni.” Tegur mak Senah dengan perlakuan anak jantannya itu.
            “Aah, minumlah bang. Sedaaaaap.” Panjang kata Humairah sebelum hilang di balik daun pintu ke luar rumah. Dari luar kedengaran kuat tawanya yang mengalahkan emak.
            “Hish, anak dara ni. Maaflah ye Senah. Humairah memang macam tu. Kadang-kadang tak betul sikit.” Emak menepuk tangan mak datin kampung tu perlahan. Mak senah mengangguk faham. Memang dia mengerti perangai kedua beranak itu. Walaupun dia tahu Humairah kadang-kadang garang dan ganas sikit orangnya, dia tetap hendak jadikan Humairah itu anak menantunya. Kerana dia tahu sebenarnya Humairah itu baik orangnya. Pernah sekali dia dalam perjalanan pulang dari kedai, tiba-tiba ada anjing gila yang mengejarnya. Memang sudah namanya gila, anjing tu menyalak tak henti-henti menyebabkan dia ketakutan dan terus berlari lintang pukang.
            Nasib tak menyebelahinya, dia tersungkur tersepak batu. Anjing gila pula sudah mengeluarkan taring untuk menerkam. Mujur Humairah yang kebetulan lalu dengan membonceng motosikalnya di kawasan itu terus sahaja menghayun kayu sebesar penumbuk. Anjing itu berlari mencicit kesakitan.
            “Puiikk!!” Ashraf tersembur air kopi yang diminumnya. Masinnya!!!
            “Astafirullahhal azim..” mengucap panjang mak Senah. Ketiga-tiga orang tua itu terperanjat. Muka masing-masing sudah basah dengan air kopi semburan dari mulut Ashraf.
            “Ashraf! Apa kena kamu ni?” Marah mak Senah.
            “Maaf. Maaf,mak. Ashraf tak sengaja. Air kopi ni… err..masin.” Ashraf membuat muka kelat. Rasa masinnya bagaikan sekilo. Masih melekat di lelangitnya.
            Emak mencapai cawan Ashraf lalu di celup jari telunjuknya ke dalam kopi. Laju jari telunjuknya di masukkan ke mulut. “HUMAIRAH!!!!!”
                                                            ‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’
            “Mak, sakit!”
            “Biasa kau ni. Esok jugak aku suruh mak Senah kamu tu nikahkan kau. Puas hati aku!” marah mak. Tangannya masih memiat telinga Humairah di hadapan Mak senah dan Ashraf.
            “Apa pulak. Majlis lagi 3 hari. Biar sabar sikit mak. Esok masih lagi hari bujangku.” Humairah berlagu. Dia terjerit kecil bila Emak menguatkan piatan tangannya.
            “Sakitlah mak.” Humairah buat muka kesian. Sesekali dia menjeling Ashraf yang sedang ketawa.
            “Ei, diam kau! Belasah kang!” marah Humairah pada Ashraf.
            “Aku belasah kau dulu!” lenting mak.
            “Ya Allah, Humairah. Kau ni dah nak kahwin tahu. Bawak-bawaklah berubah sikit perangai tu. Bercakap tu biar sopan-sopan sikit. Malu mak Humairah oi!”
            Panjang muncung Humairah. Hari dah nak petang tapi Ashraf dan mak Senah masih tak pulang. Suami Mak senah awal-awal lagi dah pulang kerana di panggil pihak masjid atas urusan pernikahan nanti.
            “Buat mulut tu. Mak cubit nanti.”
            Humairah menutup mulutnya dengan tangan. Ashraf yang melihat dari tadi ketawa tak habis-habis. Seronok dia melihat aksi Humairah yang macam kartun tu. Terhibur hatinya.
            “ Minta maaf!” Arah emak.
            “Tak mahu!”
            “Degil!” marah emak lagi.
            “Huh!”
            “Sudahlah wak. Biarlah dia. Mula-mula memanglah macam ni. Macam kita nak kahwin dulu. Malu-malu. Nanti dah kahwin tahulah si Ashraf ni uruskan si Humairah ni.” Mak Senah gelak. Sungguh dalam hatinya dia langsung tidak pernah terasa hati langsung dengan perlakuan Humairah malah dia rasa gembira. Mungkin riuh rumahnya nanti dengan kehadiran Humairah. Ashraf satu-satunya anak tunggal. Lelaki pula tu. Jarang hendak bercakap. Suaminya juga begitu. Untung kalau ada Humairah jadi menantunya nanti, adalah kawan untuk dia berborak.
            “ Minta maaf la ye. Humairah ni memang macam ni. Dia ni manja kasar. Kadang-kadang susah saya nak kawal dia ni. Asik nak dengar cakap dia jer.”
            “Tak apalah. Kita suka tengok Humairah macam ni.” Mak Senah senyum.
            Humairah terasa tangan yang memiat telinganya longgar. Terus dia meliarikan diri keluar rumah. “ Humairah!” Jerit emak.
            “Tak pe, makcik. Biar saya cakap dengan dia.” Ashraf menawarkan diri. Emak mengangguk sebelum Ashraf berlalu keluar rumah mencari Humairah.
            Humairah duduk di atas buaian kain bawah pokok manga di tepi rumah. Di tepi pokok itu ada kerusi sebesar meja makan. Tempat dia dan emak selalu melepak bila senang. Hatinya yang panas di sejukkan dengan nyanyian kecil.
            “Sedap suara, Humairah.” Ashraf duduk di atas kerusi luas itu.
            Humairah hanya diam. Bengkak hatinya bila Ashraf hanya ketawakan dia bila emak memulas telinganya tadi. Malu betul tadi.
            “Marah lagi ke?” Soal Ashraf namun Humairah hanya diam. Bibirnya muncung seinci.
            “Marah ke merajuk ni?” Soal Ashraf lagi. Terbit senyuman dibibirnya melihat muncung sedepa Humairah.
            “Abang minta maaf, okey?” Ashraf memujuk. Di lembutkan suaranya.
            “Hmm..”  Humairah sekadar berbasi-basi.
            “Hmm je? Tak nak cakap apa-apa? Marah abang ke? Peril abang ke?”
            Humairah tetap diam.
            “Alahai bakal bini abang ni. Comelnya bila merajuk-merajuk macam ni. Rasa macam nak suruh emak nikahkan Humairah dengan abang esok jugak.” Ashraf bangun.
            “Abang! Jangan nak buat pasal eh. Humairah lari dari rumah nanti baru abang tahu. Kahwinlah sorang-sorang.”
            Ashraf ketawa geli hati. Ingatkan tak nak cakap lagi. Suka hatinya bila perangkapnya mengena.
            “Okeylah. Abang tak buat pasal. Tak naklah kahwin sorang-sorang nanti. Tak best.” Ashraf senyum nakal.
            “Abang ni kenapa ya?” Tanya Humairah.
            “Kenapa apa?” Soal Ashraf semula. Tak paham.
            “Kenapalah. Kenapa la abang nak sangat kahwin dengan Humairah?” Soal Humairah tinggi sedikit.
            “Eh, bila pulak abang nak kahwin dengan Humairah?”Ashraf menggaru kepalanya.
            Humairah menjeling tajam. Geram lagi hatinya. Ashraf suka mempermainkannya sebegitu.
            “Hah.. yela. Tengok, nak merajuk lagi.” Usik Ashraf.
            “Mana ada!”
            Ashraf senyum. Dia membetulkan duduknya membelakangi Humairah.
            “Hmm.. sebab abang nak kahwin dengan Humairah ya? Hm.. sebab abang yakin Humairah jodoh yang mak pilih untuk abang.” Ujar Ashraf perlahan.
            Humairah panas. “ Abang mana boleh terima jodoh yang mak abang nak macam tu je. Abang tak kenal pun Humairah. Humairah ni tak macam perempuan-perempuan lain kat luar sana tu. Akan terhegeh-hegeh sangat kat lelaki.”
            “Abang tahu. Sebab tu Humairah tak kahwin sampai sekrang kan?” perli Ashraf.
            “Abang!” bentak Humairah lagi. Dia mengangkat tangan hendak memukul Ashraf.
            “Okey.okey. abang gurau je. “ Ashraf tertawa. Humairah diam semula. Bibirnya kembali panjang sedepa.
            “Lagipun bagus apa bila Humairah tak terhegeh-hegeh kat lelaki macam perempuan-perempuan kat luar sana tu. Supaya abang dapat rebut peluang tu. Tak sangka sekarang Humairah akan bakal jadi isteri abang. Dan Humairah tak payah terhegeh-hegeh sebab abang sendiri yang akan jadikan Humairah isteri abang. Sama ada Humairah nak atau pun tidak. Abang tak kira sebab abang nak Humairah yang jadi isteri abang.” Ujar Ashraf.
            “Kenapa pulak?” Humairah menjeling lelaki dibelakangnya yang tertunduk.
            “ Sebab Humairah.. wanita pertama yang buat abang jatuh hati. Yang buat abang rasa bahagia walaupun tanpa kata-kata indah. Yang buat abang tak tidur malam sebab teringatkan gadis yang menghantar abang rasa cinta dengan kata-kata dan tingkah lakunya yang kasar.” Ashraf tunduk segan bila menuturkan kata-katanya.
            Bulat mata Humairah mendengar kata-kata Ashraf. Terkejut kerana dia sangkakan Ashraf hanya mahu berkahwin kerana dia adalah pilihan emak Ashraf.
            Humairah tersenyum miang. Namun cepat dia menutup mulutnya. Tak mahu Ashraf nampak yang dia sedang tersenyum bahagia. Jujur dalam hati dia memang sudah tangkap cintan dengan Ashraf sejak emak memberitahunya tentang Ashraf. Cuma dia tak berapa berkenan bila lelaki itu selalu main tarik tali dengannya dan kadang-kadang menyakitkan hatinya macam dia yang hendakkan sangat Ashraf tu. Ah, kali ni biarlah dia jual mahal sikit. Bisik hati Humairah.
            Suasana jadi sunyi sepi. Ashraf diam tertunduk malu dengan katanya tadi. Humairah pula terkelu lidahnya.
            Perlahan-lahan Humairah cuba melihat bakal suaminya itu. Namun dia menarik kembali matanya. Aduh! Jantung dah macam tengan buat konserto dah ni.
            “Abang!!”
            Ashraf bangun bila namanya di panggil.
            Tiba-tiba seorang gadis yang lebih muda dari Humairah berlari menerpa Ashraf lalu memeluk Ashraf dengan erat.
            Bulat mata Humairah melihat adegan panas tu. Sepanas hatinya yang sedang membara secara tiba-tiba.
            Setahunya Ashraf ni anak tunggal! Apahal main peluk-peluk bakal laki aku ni??
            “ Abang, Aby pergi rumah abang tadi. Abah cakap abang kat sini.” Aby meleraikan pelukan.
            “Aby, lama tak datang kampung?? Terkejut abang. Makin cantik la sekarang.” Ashraf memuji.
            Humairah mengetap bibir. Amboi, tadi bukan main cakap cintan cintun dengan aku. Ni dah siap puji orang lain pulak ni. Depan aku pulak tu!
            “Itulah, Aby datang ni nak tunjuk kata bang la ni. Cantik tak Aby?” Aby pusing sambil mengayakan dirinya.
            Cantik? Pui! Marah Humairah dalam hati.
            “Yelah, cantiknya dia.” Ashraf puji lagi.
            Humairah semakin panas. Ni nak main drama apa pulak kat depan aku ni. Cepat-cepat Humairah angkat punggung. Panas lama-lama duduk di situ. Macam dia tak wujud pula.
            “Eh, Humairah. Abang nak kenalkan ni…” Panggil Ashraf namun Humairah tidak mengendahkan panggilan Ashraf. Terus dia masuk ke dalam rumah.
            Panggilan emak dan mak Senah juga tidak di sahut, terus dia masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu. Panas hatinya dengan babak sekejap tadi. Kata aku perempuan pertama la apa la. Tadi tu apa? Marah Humairah dalam hati.
            “ Humairah.. mak Senah nak balik dah tu. Keluarlah salam.” Panggil emak. Pintu bilik diketuk bertalu-talu namun Humairah diam tidak bersahut. Bengkak hatinya. Baru sahaja hendak mencambah rasa tiba-tiba rasanya itu dicantas oleh seorang gadis yang entah dari mana datangnya.
           “Tak apalah awak. Humairah penat agaknya. Kita balik dululah ya. Ada banyak lagi bendak nak diuruskan ni. Kita jumpa lagi 3 hari ya.” Kedengaran sayup-sayup suara mak Senah mengundur diri.
            “Ashraf balik dulu ya makcik.” Ashraf pula mengundur diri.
            Yela. Pergilah balik! Pergi! Pergi! Humairah menjerit geram di dalam hati. Kenapalah aku  kena kahwin dengan kau?? Mak, aku tak nak kahwin!!
                                                ‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

            “Alhamdulillah, semuanya dah selamat.” Sahut imam yang menikahkan Humairah dan Ashraf tadi. Oran gramai yang hadir di masjid kampung itu turut menadah tangan tanda syukur.
            Humairah masih memuncung. Salam Ashraf tadi pun antara hendak dan tidak. Hatinya masih bengkak dengan peristiwa hari tu.
            “Marilah semua jemput ke rumah ya. Ada makan-makan sikit.” Jemput mak Senah pada para tetamu.
            Humairah bangun membontoti emak. Meninggalkan ruang solat yang sudah lenggang.
            “Humairah.” Panggil seseorang.
            Ashraf menghampiri dengan wajah berkerut. Penuh tanda tanya. Humairah bersikap diingin dengannya sejak 3 hari lepas. Entah kenapa dia terasa jauh. Humairah langsung tidak mahu berjumpa atau menjawab penggilannya selama itu. Hari ini pun dia terasa kehebatan kediinginan Humairah saat diijap kabul. Langsung tiada senyuman terbit dari bibir isteri yang baru dinikahinya itu.
            “Boleh abang cakap sikit.” Ashraf tegas.
            “Hm..” Humairah masih menjawab diingin. Jawab sekadar berbasi-basi.
            “Jum..” Ashraf menarik tangan Humairah. Laju meninggalkan ruang masjid. Kain baju pernikahan yang meleret itu terpaksa Humairah angkat bagi mengelakkan dia tersungkur kerana Ashraf menggesanya.
            Orang ramai yang hadir hanya mampu melihat. Ada yang berbisik dan tersenyum nakal apabila melihat pengantin lelaki yang menarik rakus tangan pengantin perempuan ke dalam kereta vios putih lalu beredar meninggalkan masjid.
            “Ehhh.. tunggu. Nak pergi mana tu? Kita tak habis lagi kenduri kat rumah tu!” Panggil mak  Senah sambil berlari anak. Emak mengejar dari belakang.
            “Tak apalah Senah. Saya rasa elok diberikan ruang sikit pada anak-anak kita tu. Tak tenang hati saya kalau mereka tak berbaik-baik.” Ujar emak.
            Mak Senah menurut. Lalu turut sama beredar dari kawasan masjid.

                                                ```````````````````````````````````````````````````

            Humairah memeluk tubuh dan bersandar di kereta milik Ashraf. Entah apa sebabnya dia dibawa ke kawasan bukit yang hanya dikelilingi jalan raya yang berlingkar.
            Ashraf merapati Humairah lalu turut sama bersandar di keretanya di sisi Humairah.
            “Humairah marah abang ke?” Soal Ashraf lembut.
            Humairah diam. Ashraf menarik nafas dalam. Dia kena pandai mengawal keadaan. Situasi begini harus bijak di uruskan sebaik mungkin.
            Ashraf mencapai tangan Humairah yang bersembunyi disebalik pelukan tubuh. Humairah tersentak. Dia hendak menarik tangannya semula namun Ashraf erat mencengkam tangannya.
            “Lepaslah.”
            “Tak. Abang tak akan lepaskan sampai Humairah bagi tahu abang apa salah abang.”
           Humairah semakin ganas. Sebolehnya dia hendak menarik tangannya semula dari genggaman Ashraf. Ashraf melawan sebaliknya.
            Humairah hampir dapat melepaskan tangannya namun tiba-tiba tubuhnya dirangkul erat. Betul-betul menghadap wajah Ashraf.
            “Lepaslah, bang. Tak malu ke orang tengok.” Marah Humairah.
            “Siapa yang nak tengok? Tak ada orang pun.” Ashraf tersengih.
            “Apa pulak tak ada orang. Kereta lalu lalang tu bukan orang ke yang pandu?” Humairah cuba melepaskan pelukan Ashraf yang semakin erat.
“Biarlah. Humairahkan isteri abang. Buat apa nak malu.” akhirnya Humairah mengalah. Kekuatannya tak sama dengan kekuatan lelaki itu.
            “Dah mengalah?” Soal Ashraf sinis.
            Humairah tunduk. Dia tak mahu mentap wajah Ashraf. Dia malu.
            “ 3 hari Humairah buat abang macam orang gila tahu fikir apa kesalahan abang sampai Humairah macam nak buang abang dari hidup Humairah. Padahal lagi 3 hari kita nak kahwin. Abang telefon handphone tapi Humairah tak jawab. Telefon rumah pulak emak cakap Humairah tak nak cakap dengan abang. Bila abang pergi rumah, Humairah lari masuk bilik. Benci ke tengok muka abang?”
            Humairah diam lagi. Kau yang tak faham ke atau buat buat tak faham. Marah Humairah dalam hati. Dia memuncungkan bibirnya lagi.
            Tiba-tiba Ashraf mengucup bibirnya.
            “Abang!” Humairah mengelap bibirnya.
            “Apa?” Ashraf tersengih.
            “Apa apa?.. apa yang abang buat tadi?” lenting Humairah.
            “Buat apa?” Soal Ashraf buat-buat tak faham.
            Humairah diam. Merah mukanya dengan pandangan nakal Ashraf.
            Tiba-tiba sekali lagi bibirnya dikucup. Kali ini lebih lama.
           “Abang!” jerit Humairah apabila Ashraf melepaskan bibirnya. Semakin merah mukanya bila Ashraf tertawa. Dia mnyumbankan wajahnya ke dada Ashraf.
            “Abang sayang sangat dengan Humairah.”
            Humairah tersentak. “ Habis perempuan tu siapa?” kata Humairah tanpa sedar.
            “Perempuan? Perempuan mana?”
            “Perempuan yang datang rumah Humairah lepas tu peluk abang tu. Abang kata Humairah perempun pertama yang abang suka tapi kenapa senang-senang jer perempuan tu dpat peluk abang. Abang tipu!” Humairah menumbuk dada Ashraf berkali-kali.
            “Perempuan peluk abang kat rumah Humairah? Siapa? Aby ke?Ha ha..” Asraf ketawa terbahak-bahak.
            Humairah buat muka bengang. Dia mencubit dada Ashraf geram.
            “Adooiii.. sakitlah sayang.” Ashraf mengusap dadanya yang dicubit.
            “Mana ada abang senang-senang dipeluk. Nak peluk sayang abang sorang ni pun susah. Ni nak peluk orang lain.”
            Humairah diam. Bukan itu jawapan yang dia mahu.
            “Aby tu adik abang la.” Terang Ashraf.
            “Tipu!”
            “Betul!”
            “Tipu!” rengek Humairah.
            “Betul sayang..” pujuk Ashraf.
          “Abangkan anak tunggal. Mana datang pulak adik ni. Celah buluh betong??” marah Humairah. Ashraf main tarik tali lagi dengannya.
            Ashraf gelak.
            “Yelah. Memang datang dari buluh pun. Aby tu anak susuan emak abanglah. Dia anak angkat emak. Dulu kami terjumpa dia dekat tepi pokok buluh. Kesian dia, mak dia buang dia dulu masa kecik-kecik. Sebelum dia diserahkan ke jabatan kebajikan, emak mintak izin abah untuk susukan Aby sebab dia tak henti-henti menangis. Mungkin lapar susu badan. Lepas kenyang terus dia senyap sampailah masa kami serahkan dia ke jabatan kebajikan. Sampai sekarang bila Aby senang dia akan singgah rumah bila datang kampung ni.” Cerita Ashraf panjang lebar.
            “Yeke? Kenapa Humairah tak tahu.” Humairah masih memuncung.
            “Macam mana nak tahu. Tiga hari tak nak tegur abang.” Ashraf menjeling nakal.
            Humairah tunduk. Rasa bersalah menghempap dadanya.
            “Humairah tuduh abang bukan-bukan.. maafkan Humairah.”
            Ashraf senyum. Lega hatinya Humairah sudah ‘dijinakkan’.
            “Tak apa. kalau cium sini segalanya akan pulih. Abang maafkan.” Ashraf senyum. Jarinya ditunjukkan pada pipi.
            “Tak naklah. Malu.” Humairah membalas pelukan Ashraf yang dari tadi melingkar pinggangnya.
            “Malu konon.” Ashraf dan Humairah sama-sama tersenyum.
            “Jumlah balik. Emak-emak kat rumah tu bising karang. Kalah tarzan.” Ashraf menarik tangan Humairah.
            “Tak pe. Humairah ada. Boleh jadi tarzan sekali.” Ujar Humairah tersenyum.
            “Lepas ni abang kena beli kapas menyumbat telingalah ya? Macam manalah kalau ada anak nanti kan? Sama-sama bukak kelas tarzan lah nanti..”Humairah senyum lalu mencubit pinggang Ashraf manja. Ashraf gelak kecil lalu beriringan masuk ke dalam kereta.
Mereka kena balik. Majlis masih belum tamat. =)
                                                                        
 
                                                                          Tamat  
P/s : Haha..lama giler nak siapkan akhir cerpen ni. Terpaksa amek 3 jam masa bekerja. Aish... (Selamat menbaca) Saya suka cerita ni...=))

9 comments:

  1. best..wt la smbgn..

    ReplyDelete
  2. tengah sedap gelak2...macam tergantung citer ni..

    ReplyDelete
  3. Best.. truskn usaha..

    ReplyDelete
  4. best sngt..ader yang part kelakar

    ReplyDelete
  5. I like the fact that the hero is ME !!
    hihi xp

    ReplyDelete
  6. Bestnya cerpen ni....... cinta sejati

    ReplyDelete
  7. Cnita to x kn g mne2 cnita to di kt hati ok......... »»»hehehehehe«««

    ReplyDelete